SALAM AIDILFITRI

Thursday, October 11, 2007
Tinggal 2 hari saja lagi kita berpuasa. Rasa sekejap jer, macam baru semalam 1 Ramadhan...
Hari ini tentu penuh highway dengan kereta, moto, bas... Pandu lah dengan berhati-hati dan berdisiplin, supaya kita dapat sampai ke kampung dengan selamat, in one piece...Saya juga akan pulang ke kampung hari ni, tumpang seorang kawan yang baik hati, yang mengoffer saya...Thanks to him...

Teruja sungguh nak balik kampung kali ini, mungkin sebab ini pertama kali saya balik kampung pada musim raya, paling lewat! selalunya saya akan pulang 5 hari b4 raya... Kali ini, sebab saya mula "bekerja" maka kenalah ikut jadual firm...sebenarnya, "firm saya" masih beroperasi sehingga hari jumaat-half day...tetapi saya merayu kepada my bos, supaya saya diberi pelepasan.. kerana saya tinggal jauh, berbanding officemates lain...Alhamdulillah, bos juga baik hati membenarkan saya pulang awal....

kesian pada mak kalau saya pulang lewat, kuranglah satu tenaga membantu dia "menaik kan lemang" pada hari jumaat. Dari Ipoh ke Gerik mengambil masa 2 jam perjalanan dengan bas ( sebab bas tak ikut highway), kalau dari Ipoh pukul 2, alamatnya pukul 4 baru saya sampai ke rumah...Saya cuma menolong mak perah santan, isikan dalam buluh...kemudian, kami, yakni saya dan adik2 akan buat kuih cornflakes..lepas tu, kami akan bersihkan dapur dan bilik air....itu memang dah jadi rutin kami bila hari raya...cornflakes tak boleh buat awal2, sebabnya tak sempat nak jamu pada tetamu....habis dikerjakan oleh adik-adik saya....

last week, semasa saya pulang kampung, kami adik beradik dah menyiapkan 3 jenis kuih....tart nenas, almond london dan biskut kelapa jem...emm dah ada 3 jenis biskut...campur cornflakes, campur rempeyek, kerepek pisang dan maruku yang mak buat dah ada 7 jenis semuanya.....campur chocolate cake yang akan saya bikin, campur lemang, campur rendang, ada 10 jenis semuanya.....banyak juga ye, hehehhe....

Jemput semua datang kerumah saya hari raya nanti....oh ya, raya ke-3 mungkin saya tiada di rumah...saya dan kawan2 sesekolah rendah akan berjalan raya dari satu rumah ke satu rumah...maybe last time kot tahun ni....ramai yang mahu menamatkan zaman bujang lepas ni ( bukan saya , of course)...

akhirul kalam, SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA...
 
posted by ayu at 10/11/2007, |

0 Comments: