Tiba-tiba saya menulis

Sunday, October 31, 2010
Tiba-tiba saya rasa nak update blog, maka saya update...
Tiba-tiba rasa nak makan nasi lemak.Dari pagi tadi saya terbau-bau nasi lemak daun pisang.Tapi mana nak cari macam tu di LD ni.Bertuah ler badan kalau jumpa. Betul, tak tipu tau. Jadi baru jap tadi, sambal sotong dan telur rebus siap di bikin. Mmmm, wangi tau. Nasi nya insyaAllah saya akan buat pagi esok. Bangun awal sket, dalam 4.50 a.m. turun bawah dan tanak nasi. Bawang merah, putih, halia dan serai dan ready. Jadi, senang la kerja saya pagi esok. Just campur semua bahan dengan beras dan santan. Oh ya, nasi lemak saya kurang berkualiti sebab tak de daun pandan. Saya lupa nak beli di pasar tadi.
Esok adalah minggu peperiksaan sekolah saya. Sepatutnya kalau exam week akan lebih rileks sebab kurang kelas yang perlu di attend. Tapi sebaliknya kali ini, sebab ada 3 cikgu yang akan keluar menghadiri kursus. Maka, kami yang tinggal di sekolah perlu mengganti mereka. Oh, letih dan bosan lol. Saya akan bawa novel dan Readers Digest untuk di khatamkan. Even Readers Digest this month issue a bit boring and did not catch my attention. Saya akan habiskan juga.
Next week and the other week after saya ada Oxford Placement Test (OPT) dan Teaching Knowledge Test (TKT). Masih ingat lagi kelas PIERS yang saya hadiri di PKG? alah, yang dengan Mr. Gary itu? Ini test yang penghabisan sebelum farewell party kami. Sesungguhnya, saya mengaku bahawa English saya sungguh berkarat. Saya tak tipu. Grammar saya berterabur, vocab saya sungguh cetek, sentence construction saya tunggang terbalik. Language is about either you use it or you lose it. Kamu setuju kan?
Bnayak yang saya mahu kongsikan, tapi tiba-tiba saya malas. Maka, sampai disini sahaja.
 
posted by ayu at 10/31/2010, | 0 comments

Monolog

Tuesday, October 19, 2010
Maaf, saya mengabaikan blog ini...

Tunggu apa?

Entah.

Kenapa?

Tak tahu.

Jangan la...

Jangan apa?

Jangan la macam ni.

Biar lah.

Ok, take your time.

Thanks for your understanding.
 
posted by ayu at 10/19/2010, | 0 comments