Tumis Atas Darat

Tuesday, January 25, 2011
Saya sedang lapar sekarang, dan rasa nak update blog pasal makanan...hmm, jom baca pastu klu suka boleh cuba. Ewah! Ini namanya Kari Ketam dan Nenas Tumis Atas Darat..haiyoh, pelik memula tau resipi ni. Tapi sbb adik saya berkali-kali kata kari tumis atas darat ni sedap, maka saya terliur mahu tahu resipi dan cuba masak sendiri. Terima kasih pada Makcik yang sanggup datang umah saya(semenanjung) semata-mata nak ajar saya buat kari ni.

Actually ni kali ke-2 saya buat kari tumis atas darat. 1st time buat, saya guna daging dan pisang. Kali ni nak try ketam dan nenas lak. Plus, ketam amat murah kat sini.






memula kena lah siang dulu ketamnya...klu beli ketam di Sabah kena hati-hati, sbb ketamnya selalunya masih hidup. Jadi, saya akan jirus ketam yg masih hidup tu dgn air panas dan kemudian baru dibersihkan.





Pastu, kupas la nenas...Buang sume bunga2 cinta dia tuh yer..Dan potong sederhana kecil dan lebar.




Pastu terus je tumis serbuk kari. Saya pakai serbuk kari daging cap Babas. Tumis tu takyah pakai minyak tau. bancuh jer serbuk kari dgn air dan tuang dlm periuk... Biar dlm 5 minit, masukkan nenas dan air. Kemudian tunggu smpi nenas tu separuh masak. Oh ya, air tu boleh la agak2 jer...lu suka banyak kuah letak lebih, klu suka kari yg pekat letak sikit je ayornya.





Bila dah menggelegak sikit, terus masuk pati santan.. Pastu kacau sekejap, then masukkan ketam. Kacau. Time ni boleh lah letak garam dan ajinomoto. Oh ya, takyah letak air asam jawa yer, sbb nenas dah masam,kan...





Dalam periuk yang lain, tumis bawang merah,bawang putih,halia,daun kari dan jintan kasar sampai kekuningan. Perlu diingat yer puan-puan, minyak tu biarlah lebih sikit. Masak kari kalau kurang minyak, tak ummmph!




Pastu terus masukkan tumisan bawang2 tadi kedalam periuk kari. Dan TUTUP periuk dengan segera supaya bau wangi tumisan bawang tak keluar dan sebati dengan masakan kita. Biarlah mereka "berkenalan" kurang lebih 10 minit sebelum makan...hihi...

okeh, dah siap pun Kari Ketam dan Nenas Tumis Atas Darat. Semua housemates saya amat suka kari ni, lain dari kari biasa kata depa...Klu kuah kari ada lebih, boleh buat "tempek" da makan bersama. Wah, terus bertambah lapar tau perut nih....:)

 
posted by ayu at 1/25/2011, |

4 Comments:

  At 11:29 PM Blogger sya-az said:
Assala,mualaikum cikgu/teacher....
suka baca blog u...simple but saya enjoy sangat...
29 tahun...still young...ape pun saya doakan cikgu bertemu idaman hati yang sesuai/secocok....insyaallah..dapat yang beriman dan memahami...amin.
sya az
salam..mest sdap sume tue
This comment has been removed by the author.
cntik blog awk... sya dh jd follower awk. klu ada masa, singgah lah blog sya. jd follower sya pula. qarimahpuspa87.blogspot.com