So long 2010!
Aanak murid saya sewaktu terima slip UPSR....Boleh dikatakan semua menangis...ada yang menangis gembira, syukur, terharu dan tak kurang kerana terkejut dan sedih....Itulah kehidupan, anak2 sekalian... Sewaktu terima SMS dr SU Peperiksaan sekolah, saya tak percaya dan terkejut yang amat. Murid target, harapan dan lubuk 5A gagal mencapainya....Saya amik masa yg agak lama nak digest berita tu....Saya tahu news tu dalam kul 10.30 pagi, lebih kurang kul 6 petang baru saya leh terima anak murid harapan dan kesayangan saya gagal menggondol 5A....Barulah perut saya terasa lapar, barulah saya ada selera nak makan...Disekolah lain pulak ceritanya, Guru Besar dan cikgu2 lain congratulates me, atas kejayaan melonjakkan % lulus Bahasa Inggeris....Saya terharu juga, rasa puas atas usaha saya dan anak2 murid...Alhamdulillah...
Ini, 11 orang yang lulus BI....saya target 15 org yg bleh lulus, melekat 11...oklah kan? Secara perbandingannya, tahun 2010 yang paling bagus % lulus BI....tahun lepas cuma 11%, tahun ni melonjak smpi 44%....syukur syukur Ya Allah....cuma yang saya ralat tu, xde yang dapat 5A....gerammmmm! Tapi saya puji Tahun 6 Perdana 2010 ni, sebab dorang ni sabar dengan cara dan kaedah saya... Saya seorang guru bahasa inggeris yang garang, demanding, cerewet, kuat membebel dan kadang-kadang agak saiko...huhu...Saya tak tipu! Cara saya mengajar bukanlah luarbiasa, cuma saya terus attack soalan exam....dari sana saya bleh tahu dimana kelemahan murid, dan saya polish terus....Banyak juga kerja saya, saya kena polish basic grammar parts, punctuation, sentence construction bla bla....Along the way to UPSR, byk kali juga saya mental breakdown, stress jgn cakap la, mengamuk dengan budak2, membebel hampir setiap hari dan membekalkan motivasi utk dorang supaya terus kuat semangat dan yakin diri....
Dua anak angkat saya. Harapan. Usaha. Saya kecewa juga, tapi mereka tentu lebih lagi mahukan 5A tu kan....Kedua-duanya lepas tahu result UPSR datang jumpa saya sambil mengongoi menangis, "Teacher, sorry bah. Kami nda dapat A. Jangan rotan kami teacher". Saya senyum lebar jer. Takkan lah saya nak rotan pulak kan? UPSR dh hbs. Time's up! Dorang bersalaman dan peluk saya sambil cakap "Thank you teacher". Sejuk perut saya dengar ucapan tu. Rasanya itu yang saya tunggu-tunggu. Penghargaan dari murid...
Jamuan Perpisahan 2010....
Tahun 2011, insyaAllah akan meningkatkan lagi usaha saya...Mudah-mudahan api semangat terus terang dan dikurnia Allah dengan kesihatan yang baik. Amin.
So long 2010!