RENJIS..

Wednesday, June 11, 2008
Saya sudah sampai ke penghujung cuti....ada seronok , ada juga bosan di rumah...ada juga rindu dengan kawan-kawan di maktab...bosan sebab walaupun dalam cuti, masih ada assignment yang perlu disiapkan...dan saya amat malas sekali mahu pikir, taip dan print...
sepanjang cuti, saya ke kenduri kawan2 sekampung yang berkahwin....seronok bila tengok pengantin yang cantik, berseri-seri dan malu2 tapi mau!!!huhu...
saya mau tunjuk antara gambar kawan2 yang sudah kawin.....mau tau? dikampung saya, kawan2 yang sesekolah rendah dengan saya semuanya sama ada sudah kawin, akan kawin atau mau bertunang!!!cuma tinggal saya! tapi saya tetap optimis! God save for the last!InsyaAllah!


ini sahabat baik saya....semasa kawin...


ini pula selepas 6 bulan berkahwin.....semasa di majlis Azlida


Juanita Sani punya wedding....


Asmahani punya wedding...



di majlis kahwin Saadah....

Baiklah, itu antara beberapa majlis kahwin kawan2 saya, ada lagi, banyak sangat....tapi ini yang sempat saya letakkan disini....buat kawan 2 yang tak dapat saya letakkan disini, jgn lah kecik ati....

Selepas ini, Julai ini, ada seorang lagi rakan karib saya mahu menikah dengan jejaka pujaan hatinya....InsyaAllah saya akan sampai ke Johor...Tapi belum pasti, kerana waktu itu saya sudah pun di Taiping menjalani praktikum...Mudah-mudahan saya dapat datang melihat dia di pelamin....mereka sudah lama bercinta, banyak sudah dugaan dan ragam.... tentulah ini pengakhiran sebuah hubungan yang diidamkan, bukan?Akhir sebuah hubungan yang ingin dicapai oleh semua pasangan....Cewahhh! boleh wat novel nih!

 
posted by ayu at 6/11/2008, | 0 comments