OBSES kah aku?

Saturday, December 18, 2010
Entah berapa kali
Kamu kecewakan aku
Aku faham lagi mengerti
Aku tidak pernah ada di hati mu

Aku tertanya-tanya
Mungkinkah aku obses
Obses mahu mendapatkan cinta mu
Ya Allah, bantulah hamba MU

Kalau merantau tentu ada destinasi
Kalau seorang menteri tentu punya misi
Kalau seorang guru tentu punya motivasi

Aku seorang wanita mahukan kau, Lelaki
Lelaki dambaan nafsu kurniaan Illahi

Jiwa ku masih mencuba menerima
Menerima hakikat ini
Kau dan Dia
Aku dan Siapa?
 
posted by ayu at 12/18/2010, |

1 Comments:

  At 8:25 AM Blogger nicky said:
Allah menduga kita dengan pelbagai cara U. Yakinlah bhw mmg sudah tertulis jodoh itu dgn org lain, cma ianya makan masa untuk ditemui. All da best to u my friend ;p