Adjusting and Adapting

Saturday, February 07, 2009
Sesudah membaca blog Yunik, saya mahu meng tagged kan diri sendiri lantaran kata Yunik sesape je bleh wat tag tu...ok, ready?

1. Saya seorang yang sombong buat anda yang pertama kali bertemu saya..tapi saya sangat ramah setelah kenal lama dengan saya.

2. saya suka makanan orang-orang Malaysia like; wajik, cendol, lemang,nasi kerabu, laksam, laksa, mee kari, ikan keli bakar, pulut inti, karipap,cempedak goreng dll...tapi klu esok-esok saya kawen dgn orang kaya tak tau lah pulak kan. macam Siti tu, dulu suka kuih2 tradisional, tapi sekali Datuk K bagi strawberi coklat, terus lupa kuih2 tu sume...hahahah...

3. Saya seorang yang setia. Pasti

4. Saya lemah dengan nombor, mathematics...

5. Saya cepat terpukau dengan jejaka yang rambutnya di sapu minyak rambut or gel dan di sisir rapi.

6. Saya merupakan pengedar ELKEN

7. Saya peminat Siti Nurhaliza, dari zaman Siti tak berapa pandai bergaya, sampai la dia look gorgeous dan sampailah dia dah 3 tahun nikah dengan Datuk K...

8. Saya ketagih beli produk ELKEN. sebab semua produknya bagus. I highly recommed ELKEN SPIRULINA for all of u guys.... Yunik, dah beli Elken spirulina?

9. Dulu, mungkin susah sekali bagi saya mahu melihat dan mendengar deruan enjin kapal terbang. tapi, sekarang hampir setiap hari saya melihat pesawat ringan MASwings bila pulang dari sekolah.

10. Pertama kali di perut kapal terbang buat saya teruja dan risau..iya, itu adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang, itupun tiket percuma dari KPM. terima kasih KPM.

11. Perasaan saya sukar digambar bila mengajar di kelas. Saya sayang anak2 murid saya, walau meraka susah tangkap apa yang saya ajar. Saya jadi emosi bila mereka nakal di kelas, saya akan buat statement sedih like" teacher datang dari jauh mau ajar kamu. teacher dari semenanjung, datang naik belon lagik. kamu nda kesian ka sama teacher? teacher nda ada mamak(ibu) dan ayah disini, sorang-sorang jugak disini"...ahhahaaha, pastu budak budak tu akan tanya, "teacher, semenanjung tu di KL ka?"ahahah...depa ni tau KL jek.

12. Saya sudah ada wrinkle di bahagian bawah mata.Oh my! by the way, I celebrated my 27th birthday last 26 January....

13. Jam tangan saya mati baterinya.

14. Semalam saya mimpikan arwah Opah. Al-fatihah.

15. Adik ketiga saya mahu bertunang, dan bertanya pada saya "Yong, boleh ke klu aku nak bertunang sebelum kamu?" jawab saya " Iya, boleh. tapi kena bayar tol".

16. Saya mempunyai 1 rahsia yang saya tidak pernah beritahu kepada sesiapa pun,i mean sesiapa pun. hatta kepada suami pun. biar saya dan Tuhan saja yang tahu.

17. Giliran saya memasak di rumah sewa adalah hari Isnin dan saya suka sekali denagn sambal belacan buatan sendiri. terasa macam di rumah...

18. Selasa yang lepas, saya dan 2 kawan terperangkap sewaktu mau pulang dari sekolah...terperangkap kerana banjir besar...kami tiba dirumah pukul 8.30 malam. bayangkan dari pukul 1.30 ptg kami disitu....laparnya perut kami, rimasnya dan melekitnya badan kami...saya kira itu cabaran kecil bagi insan bergelar Guru.

19. Saya membawa sebalang sweets setiap kali ke kelas, sebagai motivation kepada murid.
supaya mereka perah otak, berusaha keras.... siapa yang dapat jawab soalan, tulisan yang cantik, betul semua jawapannya maka, saya beri sebiji sweets... saya belajar ini dari my Super Teacher waktu praktikum dulu... Alhamdulillah, its work.

20. Saya pernah jatuh cinta denagn seorang doktor yang merawat saya sewaktu form 4. Rambutnya berminyak dan kemas.

Hmmmmmmm.....cukuplah ya!
 
posted by ayu at 2/07/2009, | 3 comments