Monday, February 20, 2006
..."ayu , aku mimpi best mlm tadi!" sahabat aku yg sorang ni memang kuat bermimpi. "mimpi apa? ceritalah!"...."aku mimpi aku kawin dgn S!"..apa yg bestnya pun aku pelik sedangkan dia tak suka dgn S. .. sedar aku buat muka pelik, dia menyambung.."aku kawin dgn S dan aku dapat lupakan A!".....Oh! jadi the best part of the dream ialah dia dapat melupakan lelaki dambaan jiwanya selama ini... aku tahu dia desperate nak lupakan A, jadi biarpun S yg menjadi galang ganti dia rela..."aku doakan the best part of your dream jadi nyata!" doa aku dgn ikhlas.....lama dia menanti cinta dari A, tapi A buat tak tahu....jalan terbaik adalah, lupakan A!...orang tak sudi, aku tak ingin!..."cakap memang senang, yang menanggungnya , aku !"...pernah dia mengadu kepada aku begitu..."tak apalah M, masa akan jadi saksi. kau akan dapat lupakan dia!".....
jadi, kes kawan aku tu; cinta atau obses?....kata HAMKA, hawa nafsu membawa kesesatan, dan tidak berpedoman, dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang.
bukan aku selalu berangan-angan ayu, tapi;
anak haruan tidak terluang,
benang sutera di dlm buluh,
hendak buang tidak terbuang,
sudah mesra dalam tubuh.
iya, aku tahu M, tapi;
mari musa minum kopi,
kalau tak manis tambah gula,
jangan diturut kehendak hati,
kalau tak mati boleh jadi gila.
ayu, dengarlah;
suatu detik..ada rasa perit dan pahit di kalbu ku..
namun..aku tidak pasti, apakah seluruh hidupku akan berubah kerana rasa itu...
M, dengarlah;
berhenti berharap cinta dari A, TAPI,
jangan berhenti berusaha mencari cinta sejati...
ayu, apa erti cinta sejati?...
ketahuilah M;
rahsia cinta sejati bila agama dijunjung,
pasaknya iman,
ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati..
0 Comments:
« back home
Post a Comment