To Kill 2 Birds With One Stone
Sunday, May 02, 2010
Tetiba bersemangat semula menulis...thanx to Wilda dan Nik, yg menyemarakkan semula semangat saya...saya selalu berfikiran negatif bahawa tiada kawan2 yg pedulikan blog saya, yet saya malu menghebahkan pada org lain kewujudan blog ini. mmm, complicated sungguh!
Baru jap tadi saya dan K. Nor ke bandar Fajar Centre beli itu dan ini di kedai buku yang mahal...hihi....saya membeli majalah Dewan Pelajar, kemudian ke kedai buku kegemaran kami yang lebih murah, besar dan air cond yg sejukkkk dan membeli majalah e-baca....semuanya untuk anak2 murid saya....mmm, pelikkah? mungkin bagi kamu! kami ini kan sekolah luar bandar yg serba serbi kurang....Jauh pula dari bandar, maka untuk melihat majalah ilmiah seperti itu, adalah like "once in a blue moon"....
Ini inisiatif saya sendiri untuk membawa keluar minda anak2 murid saya dari kepompong "Kg Bakapit"....Saya masih ingat, waktu saya dan adik2 masih sekolah dulu Ayah saya memang rajin membeli majalah2 ilmiah like, Dewan Pelajar, Bujal, Bintang Kecil, Anak2 Sidek....setiap kali dengar bunyi motor Ayah, tanda Ayah dah balik kerja kami adik beradik akan berlari dan berebut kan apa yang Ayah bawa balik hari tu...Kadang2 bukan saja majalah, ada jugak ayah bawa balik jajan, majalah untuk Mak mcm Wanita, Nona...
Jadi, bila saya rapat dgn anak murid saya, dipertanggungjawabkan sebagai mentor untuk 2 murid target dan memandang mata setiap anak murid, saya jatuh kasihan dengan mereka....Kasihan dengan mereka yang sgt kurang pendedahan dgn dunia luar yg serba ada dan canggih...Mereka berebut kan 2 majalah itu...
Maaf, teacher hanya mampu membeli sebuah setiap satu...Kamu kongsi, ba! Sebenarnya melihat mata mereka yg bercahaya waktu saya menghulur majalah itu membuat hati saya juga bercahaya....Selain ada banyak cerita dan info, majalah itu juga ada latihan untuk 4 subjek UPSR. Maka, seperti "to kill 2 birds with one stone"...Boleh?
Setiap hari saya berdoa supaya Allah kuatkan azam, tambahkan minat saya mengajar, tebalkan sifat sabar saya... InsyaAllah, jika Allah takdirkan umur saya panjang, saya akan terus menjadi guru. Saya suka kerjaya saya ini...Biarpun kadang2 (meaning; selalu) mengadu di FB saya penat, byk kerja, meluat dgn clerical works dan ntah apa lagi yang saya mengada2 disana...Biarpun saya mcm loser giler, semua benda nak dicerita di FB...Biarpun kamu benci dan meluat dgn shout saya di FB itu.....
3 Comments:
wilda, same ker kita? hihi...kekadang kita ni "minta puji" kata org sabah...meaning mengada2 tau...haha....takpelah kan, bukan kacau org pong!
Ayu, sayu pula baca cerita mengenai anak anak kita.
InsyaAllah dengan adanya cikgu seperti Ayu, nasib mereka akan berubah.
Mungkin ada antaranya ialah Perdana Menteri, kan?
InsyaAllah dengan adanya cikgu seperti Ayu, nasib mereka akan berubah.
Mungkin ada antaranya ialah Perdana Menteri, kan?
same here. dulu selalu pikir kenapa xde sape masuk blog aku? tapi..bila kembali kepada sebab asal buat blog adalah untuk menyimpan cerita2 diri sendiri utk masa depan, kuatkan semangat bila down dan bergosip ttg artis pojaan hati maka, x brape kisah dah ada org masuk blogku atau x, n sebenarnya bila kita tahu yg masuk x ramai, lebih seronok menulis, sbb xdela rasa "eh, nanti si polan terasa'. lebih menenangkan fikiran bila kita tahu yg masuk blog kita adalah kwn2 terapat sahaja. :)