Macam-macam

Wednesday, February 17, 2010
1. Cuaca makin panas. Rasanya, seluruh dunia merasai nya kan? Seingat saya hampir 3 minggu tidak hujan di tanah saya berpijak sekarang. Kalau di Semenanjung air di kebanyakkan empangan mulai kering, di sekolah saya keadaannya lebih kurang sama juga. Tangki air di sekolah makin kering. Makluman utk semua, sekolah saya tiada bekalan air paip yg "bersih"...kami 100% bergantung pada air hujan. Maka, musim kemarau cukup merisaukan... Mudah-mudahan esok lusa Allah bekalkan hujan yang lebat. Sambil mengajar saya perhatikan tanah yang mulai merekah dan rumput yg menguning tanda kekurangan air.


2. Kerja saya masih belum selesai. Saya on da way menyiapkan segala fail, dokumen berkaitan diri sendiri, English panel, kelas saya, ELS, PBSM, SMM bla bla...Kemungkinan besar rombongan Jemaah Nazir Sabah akan bertandang ke sekolah saya, kerana lama sudah tiada lawatan nazir. Rindu mungkin, huh? hehe... plus, UPSR % drop sgt teruk. So, dorang datang nak tgk, apa masalah problem sekolah saya nih...%UPSR jatuh kerana B. Inggeris. Maka, saya lah yg akan di siasat biarpun tahun lepas bukan saya yg mengajar tahap 2. Apalah nasib badan kan?


3. Emosi saya up and down. erggh! sekarang saya in good mood. Entah kenapa. Macam saya kata di FB, mungkin paras estrogen saya sedang memuncak... Uuuuu...Jadi, semua benda yg negatif pun saya mampu transfer menjadi positif, baik dan elok. See, its all in ur mind!!!!


4. I missed my friend. Dijah, its u! Lama tiada panggilan talifon dr dia. Sibuk mungkin...ok, dia kan Phd student, so what do you expect Ayu.? I do not write this to make you feel bad and right away call me Jah...

okeh, itu je updates saya. sekian.
 
posted by ayu at 2/17/2010, |

2 Comments:

  At 2:23 PM Blogger Khadijah said:
I miss you too sayang.kekeke. Bila dah settle down emosi I will definitely give a call dear..ok???
  At 6:52 PM Blogger ayu said:
hehe....its ok...take ur time Jah...I paham u bz...ok bah...