Lama sungguh tidak berblog....Missed me? huhu...bukanlah saya sengajakan, tapi sesungguhnya suatu transformasi dalam perjalanan hidup saya sedang berlaku...Maafkan saya sekali lagi kepada pengekor2 blog ini( macam best sgt blog saya ni yek!)kerana selalu keciwa dengan paparan blog saya....
Saya lulusan undang-undang UiTM, tetapi kini berubah haluan kepada dunia perguruan... Iye saya mau jadi cikgu... A teacher actually! saya kini di Institut Perguruan Hulu Kinta, Ipoh menjalani latihan KPLI - English..InyaAllah akan tamat kursus hujung 2008 ini....
Kata orang kampung saya " Jadi cikgu jer? penat belajar bertahun2, kenapa tak jadi lawyer?" saya penat mahu menjawab soalan sebegitu.... saya senyum jer, malas mahu respon...biarlah, apa salahnya jadi cikgu? Why not?
Ayah dan Mak saya insan paling bahagia dan bangga, saya kira. Dari dulu ayah memang mahu saya jadi cikgu. Saya yang degil, mahu ke universiti kononnya.Mahu jadi contoh utk adik2, biar saya jadi penanda arasnya, biar adik2 lebih berusaha. Hajat saya sudah saya tunaikan, saya sudah jalankan tanggungjawab terhadap diri saya. Lalu, hajat ayah bagaimana?
Siapalah yg tak mahu bekerja di bidang yang kita sengkang mata, siang malam? Saya lebih lagi mahunya bila difikirkan semua duit yg saya laburkan membeli buku2, acts, kot ( kini cuma tergantung di almari). Tapi, inilah yang dikatakan kita cuma merancang, Tuhan yang lebih tahu menentukan segalanya utk kita. Saya terima. InsyaAllah.
Saya masih disini, kawan-kawan. Saya sudah dipanggil Cikgu, biar belum tamat kursus. Satu penghormatan buat kami, pelatih KPLI. Cuba beritahu saya, kerjaya apa lagi yang mendapat penghormatan begitu?