FALLING LEAVES...

Thursday, May 15, 2008
6 Mei lalu, Pah saya telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Saya berada di Maktab ketika adik menelefon bahawa Pah sedang nazak. Saya tinggalkan tanggungjawab di Maktab, ketika itu saya dan rakan sekelas sedang bz membuat banner untuk Hari Guru. Saya pulang ke kampung. Tetapi, bukan rezeki saya berjumpa buat kali terakhir dengan Pah. Pah pergi pukul 5.30 ptg. Saya sampai ke rumah pukul 9 mlm.... Kawan-kawan sekalian, saya dijaga dan belai oleh Pah sejak saya berusia 3 tahun. Sejak arwah Tok pergi, Pah sunyi, tak de kawan. Lalu, Ayah menyerahkan saya kepada Pah. Saya cucu manja Pah. Dulu saya benci kalau adik-adik saya memanggil saya dengan gelaran itu...Cukuplah cerita tentang Pah saya, saya sudah tercebik-cebik di sini. Mahu menangis, malu....Saya rindu Pah...

Selesai cerita di rumah, saya kembali semula ke maktab. Pada 12 Mei, saya melalui perkhemahan unit beruniform-BSMM di Nur Lembah Lenggong di Lenggon


g Perak. Lihat saja gambar2 dibawah, kalian akan tahu aktiviti saya di sana.


sesi balutan kecemasan



CPR...



Patah dan Usungan..



Malam persembahan...kelakar giler!





Mahal ooo baju nih...




Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia KPLI-2008 IPIP, SEDIA BERKHIDMAT!

 
posted by ayu at 5/15/2008, |

0 Comments: