Keep your chin up!

Thursday, September 04, 2008
Hari ini saya ke sekolah dengan semangat yang entah ke mana...Sudah bosan kah saya mengajar?Janganlah begitu Teacher Ayu, masih panjang lagi perjalanan sebagai seorang guru, ini cuma praktikum..Bukan cabaran sebenar sebagai guru lagi pun....Tapi saya rasa bukan kerana saya jemu mengajar membuat saya jadi begini hari ini. Saya tak tahu kenapa....Maklumlah hormon seorang makhluk bernama "perempuan" sukar ditebak...Faham kan?Iya, saya pasti itu sebabnya...
Semalam saya ceria sekali bila pensyarah memuji saya, saya ketawa sendiri bila ada anak murid memberi surat kepada saya. Iya, selembar surat dari murid saya yang paling aktif bernama Ariffin...Katanya, "saya mengucapkan terima kasih kepada Teacher Ayu kerana memberajari saya dan memberi saya hadiah buku. Itu pun sudah cukup. Semoga Allah s.w.t balas baik pada teacher. Sekian, terima kasih. Bai-bai, thank you." hihihi.... Budak-budak!Macam-macam kerenah mereka, saya bahagia sekali. Saya mahu menjadi seperti anak murid saya, sentiasa menghargai nikmat hatta yang kecil sekalipun, lupakan masalah biarpun besar...kata orang putih "live life to the fullest", tul tak? Kata pensyarah saya" You seems enjoy teaching and trust me you will enjoy this proffession because it is full of colours"....InsyaAllah...Wahai Ayu apakah itu belum cukup lagi to bright your day?
 
posted by ayu at 9/04/2008, |

0 Comments: