Cangkuk Manis

Sunday, February 13, 2011
Kalau saya dapat balik Semenanjung (bila tu yer?) mesti saya rindu dengan Cangkuk Manis ni, Sabah's exotic vege...Tak tahu la kenapa saya suka betul dgn sayur ni...

Cangkuk Manis hanya ada kat Sabah jer...saya rasa la, sbb tak pernah jumpa sayur ni kat Semenanjung pun... Kalau kami makan di luar, housemates saya dah tahu saya akan order apa.

"k.Ayu tu mesti nak order Cangkuk Manis"

haha...klu wat goreng belacan lagi la saya suka...hihi...

Ni entri tak ketahuan namanya....Tak de mukaddimah takde penutup..main terjah jer. ok, sekian. Ngantuk la, dah pukul 1.40 pagi....

 
posted by ayu at 2/13/2011, | 0 comments

LIFE IS SWEET, no?

Sunday, February 06, 2011
Aku dalam dilema..
Allah, bantu hamba-Mu...
Bukan lah besar dugaan Mu ini...
Cuma, mungkin kerana tidak biasa memecahkan masalah-masalah besar...
Maka, dugaan kecil begini terasa berat...

Tahun ke-3 disini, sepatutnya aku lebih betah dan tenang. Namun, sebaliknya pula
Tak tahu apa yang tak kena...Penat mencerna, lelah berfikir...
Mungkin betul kata rakan2, aku perlu "teman".

Bercakap pasal "teman", aku sedikit sensitif bila orang-orang menuduh saya cerewet memilih "teman". Pada aku, memilih itu tanggungjawab pada diri sendiri. Aku akan hidup bersama dia hingga ke akhir hayat, maka aku memilih bukan untuk kehidupan pada hari ini dan esok lusa sahaja. Bukan rupa atau harta jadi ukuran aku, cukup sekadar hati aku tenang dan gembira bila bersama-sama dengan dia. Boleh dijadikan kawan ketika berjalan, dijadikan rakan bicara bila bercerita.

Mungkin juga masa aku belum sampai...Ya Allah, lindungilah hamba-Mu dari fitnah dunia.Amin

 
posted by ayu at 2/06/2011, | 0 comments