Tuesday, May 03, 2005
aku serba salah sekali hari ini....antara tuntutan naluri dan janji yang telah ku lafazkan...mana yang perlu ku korbankan? hati ku berkata,apa dihirau janji dulu? akal ku berdebat, letakkan akal dihadapan perasaan...biar akal yang mengawal hati, bukan sebaliknya....ah! kacau sekali tika hati dan akal bertentangan!! aku sendiri tidak pasti apa betul tindakan ku ini? akhirnya, biar masa mentafsirkan segala.....tapi haruskah aku membiarkan takdir yang menentukan, tanpa aku berusaha sesuatu......

aku pernah sekali mengikut kata hati,akal juga bersetuju dengan ku....hasilnya....sebahagiannya mebanggakan aku,selebihnya membuatkan aku tersandar oleh jawapan yang sudah ku jangka......itulah indahnya keidupan ini, kadangkala sedih,kadangkala gembira.......jika hidup selalu sedih,hati akan menjadi rawan, jika selalu gembira pula,hidup menjadi jemu...itu kata-kata yang ku kutip dari HAMKA....jangan kita menginginkan semua berlangsung mengikut kehendak kita,sebaliknya kita perlu sabar supaya hati kita tetap tenang.....kata 2 itu yang ku pegang,supaya hati ini gagah dan satria selalu kerana aku tahu liku usia ini pasti amat panjang dan ranjaunya mencabar sekali......

suatu ketika..
aku telah di lahirkan...
namun...
aku tidak pasti....
bilakah aku akan dikembalikan........

 
posted by ayu at 5/03/2005, |

0 Comments: