Friday, August 19, 2005
....kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memberi tahu kita perkara yang benar tentang diri kita....biar pun kadang kala kebenaran itu mengguris perasaan, tetapi jika itu kebenarannya kita harus terima.....kawan yang baik bukanlah kawan yang sentiasa menyokong segala perbuatan kita semata-mata mahu mengambil hati kita......apa kata readers semua,agree with me? anything u want to clarify? if any, i have the bebel place...go there!!....


kenapa isu ini?kerana in this 2 weeks,a tensen sket pasal ni....bila niat kita di salah erti...tak mengapalah,fikiran orang mana kita boleh kawal....tapi,kali ini bukan nak cerita pasal yang tensen tu,tapi pasal lain...still about friends.....old friends!!


ini gambar aku form 5......kabur sket...gambar dlm gambar....faham-faham je lah!!! tahun 99,penta science.....kelas harapan sekolah!!!!kami semua ada 38 orang....sekarang,cuma tinggal 37 orang.....seorang sahabat kami menyahut panggilan ILLAHI.....AL-FATIHAH untuk arwah puteri dalila......cikgu kelas kami,cikgu chee juga dah meninggal.....cikgu yang paling concern pasal murid2....buatkan kami jadual belajar utk SPM, satu kelas study sama-sama.....apa yang dapat ku kata,kami sungguh bahagia dan kanak2 ribena waktu tu!!ada juga krisis,ada juga bergaduh,ada juga bermasam muka....tapi ipoh mali tarak sombong ma!!!gaduh sekejap je....yang selebihnya,buat lawak ,intai abang2 STA yg tak ensem sangat(ingat falah tak geng?)....
rindu saat itu!!sangat rindu......seorang sahabat telah pergi,kami yang lain menanti masa juga(semua org akan mati kan!)....aku sempat ziarah arwah masa koma kat hospital selayang....aku tak tahu dimana hosp.selayang....tapi TUHAN maha kaya,perjalanan aku dimudah kan....sampai je kat bus stand,ada bas.....lama sudah arwah pergi,hampir 2 tahun....masa f.5 tempat dia di belakang aku,selalu juga aku terbau minyak angin....pening katanya......arwah pergi menderita sakit SLE....systemik lupus eritematosus....kecelaruan sistem pertahanan badan....itu yang aku baca.....kawan2 yang masih ada,hargai apa yang kita nikmati hari ini.....sabarlah dengan kata2 yang menyakitkan hati....walaupun kadangkala banyak lemak manis yang nak keluar dari mulut kita.........apa perasaan kita,apa kata kita bila yang kita benci itu pergi selepas itu? menyesal kah kita? atau kita lega kerana tak perlu berjumpa dia lagi.....MATI TIDAK LEWAT SEDETIK PUN..YA TUHAN AMPUN KAN DOSA KAMI!!!
suatu ketika
kita telah di lahirkan....
namun
kita tidak pasti
bila kita akan dikembalikan......
 
posted by ayu at 8/19/2005, |

0 Comments: