Monday, August 01, 2005
hampir setiap hari aku melihat "sakura malaysia" berkembang dari tingkap bilik ku ini... sebenarnya aku ingin sekali berkongsi keindahan "sakura malaysia" dengan readers semua,tapi belum berkesempatan,tungggu lah!!...sebenarnya aku kurang suka dengan bunga..ye ke ada perempuan yang tak suka bunga? bukankah bunga sahabat baik wanita?....tapi kali ini lain,sakura ini begitu menambat hati ku,kerana ianya mampu membuatkan aku tersenyum....aku tidak begitu menyukai bunga kerana ianya mudah binasa,wanginya sementara cuma....amboi! dalam maksudnya....iya,sebenarnya setiap apa kegemaran dan kebencian kita berkait rapat dengan peribadi dan rahsia kita....lalu apa maksudnya bagi aku? RAHSIA....kata saidina ali r.a "barangsiapa yang menyimpan rahsia dirinya, maka dia berkuasa ke atas dirinya"....sebenarnya aku tidak pasti nama bunga ini,aku menamakannya "sakura malaysia" kerana rupanya hampir sama dengan bunga sakura seperti di jepun..tentulah sakura di jepun lebih cantik....kalau di jepun , musim HANAMI( musim bunga sakura) sekitar awal april,tetapi "sakura malaysia" musimnya pada pertengahan julai......
tentu indah dan klasik rasanya jika berada di jepun sewaktu hanami....hamparkan tikar dibawah pohon sakura sambil makan2....seorang diri pun tak mengapa kerana adanya sakura menemani ku.....sakura ini sama juga seperti bunga yang lain,tidak kekal lama....aku tertanya-tanya adakah aku masih lagi mampu tersenyum bila memandang pohon sakura yang tidak berbunga lagi.....aku perlu menanti musimnya, mampukah aku tersenyum lagi? kerana "sakura" ku masih jauh.......................

0 Comments:
« back home
Post a Comment