FALLING LEAVES...

Thursday, May 15, 2008
6 Mei lalu, Pah saya telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Saya berada di Maktab ketika adik menelefon bahawa Pah sedang nazak. Saya tinggalkan tanggungjawab di Maktab, ketika itu saya dan rakan sekelas sedang bz membuat banner untuk Hari Guru. Saya pulang ke kampung. Tetapi, bukan rezeki saya berjumpa buat kali terakhir dengan Pah. Pah pergi pukul 5.30 ptg. Saya sampai ke rumah pukul 9 mlm.... Kawan-kawan sekalian, saya dijaga dan belai oleh Pah sejak saya berusia 3 tahun. Sejak arwah Tok pergi, Pah sunyi, tak de kawan. Lalu, Ayah menyerahkan saya kepada Pah. Saya cucu manja Pah. Dulu saya benci kalau adik-adik saya memanggil saya dengan gelaran itu...Cukuplah cerita tentang Pah saya, saya sudah tercebik-cebik di sini. Mahu menangis, malu....Saya rindu Pah...

Selesai cerita di rumah, saya kembali semula ke maktab. Pada 12 Mei, saya melalui perkhemahan unit beruniform-BSMM di Nur Lembah Lenggong di Lenggon


g Perak. Lihat saja gambar2 dibawah, kalian akan tahu aktiviti saya di sana.


sesi balutan kecemasan



CPR...



Patah dan Usungan..



Malam persembahan...kelakar giler!





Mahal ooo baju nih...




Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia KPLI-2008 IPIP, SEDIA BERKHIDMAT!

 
posted by ayu at 5/15/2008, | 0 comments

Rindu kamu...

Thursday, May 01, 2008
Lama sungguh rasanya saya tidak ke sini... Argh! alasan klise lagi, "saya sibuk!" ...orang lain pun sibuk juga...saya ini cuma bakal guru, apalah yang di sibukkan sangat sampai update blog pun tak menang tangan? saya bukan bakal DPP atau Majisteret...Biarlah saya dan kawan2 KPLI sahaja yang tahu betapa kami sibuk belajar buat assignment (bukan belajar how to be a good teacher, kata kawan saya seorang bekas akauntan di RHB)

Tak guna bercerita panjang, mari kita lewati gambar2 saya dan rakan2 KPLI beraktiviti...Jom!


Test Muzik-percussion....hihi....


dulu di Law School ada Mooting iaitu perbicaraan olok-olok...bila nak jadi cikgu, ada pula Mikroteaching-cikgu olok2...Fair enough kan?


ini pula sewaktu test rekoder...hahahhah...menggeletar jari-jemari kami...


ini pula sewaktu persiapan Karnival Sukan Ragam...


sewaktu Karnival Sukan Ragam...kata Pensyarah, kami macam menang gold medal di Olimpik bila kena target...hahahahha...mcm budak2! btw what ever, who cares?(oops!)


Saya dan Diana ke gerai buah di Tambun....kami mahu berjualan di Hari Sukan Institut....mahu kumpul dana for Bandung Trip in August....




kami memulakan tugas di hari sukan...we're going to Bandung, remember!


terima kasih sebab membeli di Gerai KPLI-TESL...arigato!


Langkah pro-aktif kami....kami pusing satu institut bawa buah-buahan potong dan air....hmmm, Bandung punya pasal!




Let's Sayap! Sayap saya, Sayap Helang juara perbarisan kawad, juara keseluruhan, juara hiasan rumah dan gondol Olahragawati kejohanan....




saya memang sakan bergambar...secara tak rasmi saya adalah cameraman di kelas...

hah, amik!hehehheheheehheheh....lama tak ber-blog, puas hati saya bila dah letak semua gmbar2 disini..... lepas ni entah bila pula mahu ber-blog, kan...Isnin depan-5.5.08 saya ada seminar dan pemeriksaan gigi dari KKM...Duh, seharian kami ber-gigi!

 
posted by ayu at 5/01/2008, | 1 comments