I Promise Myself...

Thursday, April 02, 2009
I promise myself to look at sunny side of everything
I promise myself to make optimism to come true
Hari ini, kerani sekolah memberitahu ada murid baru akan daftar Tahun 1 dan 2...aku angguk kepala...kerani itu bilang lagi, murid baru ini belum pernah ke sekolah, tidak kenal ABC...ternganga mulut ku sekejap...Aduh! berpinar sekejap kepala ku...murid yang sedia ada di kelas yang sudah kenal ABC pun susah mahu diajar, dibentuk.ini pula yang masih putih bersih....
Di kantin sekolah aku mengadu dengan guru-guru senior di sekolah...kata seorang guru senior yang juga pakar Bahasa Malaysia, "kata pepatah arab, mengajar budak kecil yang ndak tahu apa-apa itu umpama menulis di atas batu...susah dan keras tapi kekal lama, tetapi mengajar budak yang dewasa itu umpama menulis di atas air...senang tetapi mudah hilang"...aku mengangguk kan kepala, kagum aku dengan guru ni...
Kata taukeh kantin yang juga bekas pengetua sekolah, "jangan la kau risau Cikgu Ayu...ok saja tu bah.kamu ini masih mencari pengalaman...jgn la kau susah hati.ajar saja yang termampu oleh mu"....Cikgu Mohd Nor ini pantas menceritakan pengalamannya mengajar dulu. katanya sistem pendidikan sekarang terlampau menekankan sukatan pelajaran. sistem pendidikan dahulu lebih menekankan penguasaan asas... Iya, betul tu....aku terikat dengan sukatan pelajaran iaitu theme yang telah ditetapkan oleh KPM...apakan daya ku, aku cuma seorang guru yang makan gaji (saya yang menurut perintah)
Di kelas tahun 3 hari ini, nyaring suara ku marahkan seorang murid kerana dia malas mahu menulis, "Sandy, kalau kamu ndak mahu menulis jangan datang ke sekolah lagik. nanti pulang sekolah teacer singgah di rumah kamu, bilang sama mamak mu ah..Kerajaan sudah bagi buku percuma, pensel di bagi lagik, makan percuma di sekolah, tapi kamu malas mahu belajar. Jadi kalau malas, jangan lah kau datang ke sekolah ah!!" Iya, saya sudah pandai cakap pelat Sabah ba...hehehe
Besar hati ku melihat murid-murid yang hardcore punya nakal sudah mahu menulis dan menjawab soalan di papan putih...mereka ini perlu dipujuk, dipuji bukan dihambur dengan jerkahan...besar juga hati ku bila murid-murid mengucapkan "good morning teacher" pada ku. bagi guru lain di Semenanjung ini perkara biasa, ndak ada apa yang mahu dibanggakan, tapi bagi aku ini satu pencapaian juga...kanapa? English disini bukanlah 2nd language, kerana bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Bajau, Suluk atau Filipina. jadi English ini bukanlah penting...bila mereka sudah pandai mengucapkan suatu bahasa yang asing bagi lidah mereka, maka memang patut aku bangga...Alhamdulillah...
setiap kali lepas solat, sebagai guru aku tidak lupa mendoakan anak murid ku, supaya mereka terang hati dan mudah belajar, menjadi orang yang berguna bila besar nanti...baru ku tahu begitu cinta dan sayang guru ku dahulu pada kita...
 
posted by ayu at 4/02/2009, |

0 Comments: