So long 2010!

Friday, November 19, 2010

Aanak murid saya sewaktu terima slip UPSR....Boleh dikatakan semua menangis...ada yang menangis gembira, syukur, terharu dan tak kurang kerana terkejut dan sedih....Itulah kehidupan, anak2 sekalian... Sewaktu terima SMS dr SU Peperiksaan sekolah, saya tak percaya dan terkejut yang amat. Murid target, harapan dan lubuk 5A gagal mencapainya....Saya amik masa yg agak lama nak digest berita tu....Saya tahu news tu dalam kul 10.30 pagi, lebih kurang kul 6 petang baru saya leh terima anak murid harapan dan kesayangan saya gagal menggondol 5A....Barulah perut saya terasa lapar, barulah saya ada selera nak makan...Disekolah lain pulak ceritanya, Guru Besar dan cikgu2 lain congratulates me, atas kejayaan melonjakkan % lulus Bahasa Inggeris....Saya terharu juga, rasa puas atas usaha saya dan anak2 murid...Alhamdulillah...




Ini, 11 orang yang lulus BI....saya target 15 org yg bleh lulus, melekat 11...oklah kan? Secara perbandingannya, tahun 2010 yang paling bagus % lulus BI....tahun lepas cuma 11%, tahun ni melonjak smpi 44%....syukur syukur Ya Allah....cuma yang saya ralat tu, xde yang dapat 5A....gerammmmm! Tapi saya puji Tahun 6 Perdana 2010 ni, sebab dorang ni sabar dengan cara dan kaedah saya... Saya seorang guru bahasa inggeris yang garang, demanding, cerewet, kuat membebel dan kadang-kadang agak saiko...huhu...Saya tak tipu! Cara saya mengajar bukanlah luarbiasa, cuma saya terus attack soalan exam....dari sana saya bleh tahu dimana kelemahan murid, dan saya polish terus....Banyak juga kerja saya, saya kena polish basic grammar parts, punctuation, sentence construction bla bla....Along the way to UPSR, byk kali juga saya mental breakdown, stress jgn cakap la, mengamuk dengan budak2, membebel hampir setiap hari dan membekalkan motivasi utk dorang supaya terus kuat semangat dan yakin diri....


Dua anak angkat saya. Harapan. Usaha. Saya kecewa juga, tapi mereka tentu lebih lagi mahukan 5A tu kan....Kedua-duanya lepas tahu result UPSR datang jumpa saya sambil mengongoi menangis, "Teacher, sorry bah. Kami nda dapat A. Jangan rotan kami teacher". Saya senyum lebar jer. Takkan lah saya nak rotan pulak kan? UPSR dh hbs. Time's up! Dorang bersalaman dan peluk saya sambil cakap "Thank you teacher". Sejuk perut saya dengar ucapan tu. Rasanya itu yang saya tunggu-tunggu. Penghargaan dari murid...


Jamuan Perpisahan 2010....


Tahun 2011, insyaAllah akan meningkatkan lagi usaha saya...Mudah-mudahan api semangat terus terang dan dikurnia Allah dengan kesihatan yang baik. Amin.


So long 2010!

 
posted by ayu at 11/19/2010, | 0 comments

Wordless Wednesday 3

Wednesday, November 17, 2010

 
posted by ayu at 11/17/2010, | 0 comments

Wordless Wednesday(2)

Wednesday, November 10, 2010

 
posted by ayu at 11/10/2010, | 0 comments

Wordless Wednesday

Wednesday, November 03, 2010

inilah Wordless Wednesday saya....

 
posted by ayu at 11/03/2010, | 0 comments

FITORAC

Monday, November 01, 2010
I just had bought Elken Fitorac... From school, I sent my colleague to her house and straight away headed to Elken's stockist. Actually, my intention was to buy Elken's Trichology Dandruff shampoo, but happen to be bought this fantastic supplement. Congrats to myself...

Oklah, for this entry saya nak bercerita tentang kebaikan Fitorac ini...

Camner ek nak citer, panjang ni...sanggup ke nak baca? hihi....ok la okla, saya ringkaskan la...

Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat mengesyorkan kita ambil 7 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari bagi mengurangkan pertumbuhan sel-sel tidak normal dalam badan kita. Pendek cerita, sel-sel yang boleh mengakibatkan kanser. Nauzubillah! Kata orang Sabah,"palis-palis..." minta dijauhkan lah...tapi klu berdoa jer, tapi tak usaha mana lah penyakit mau takut, kan?

Kenapa begitu pentingnya 7 hidangan itu? makan 1 hidangan sayur dan 1 hidangan buah tak cukup ker?

Begini ceritanya, 7 kumpulan warna makanan yang dibekalkan oleh FITORAC itu adalah dinamakan Fitonutrien. Fitonutrien ini lah bertindak sebagai agen yang meningkatkan tindak balas imun dengan mengaktifkan sel imun kita. Pendek kata, FITORAC ini ibarat "askar" dalam badan kita yang menentang sel-sel kanser yang cuba membiak dan beranak pinak....Ha, itu lah rasanya explaination yg pendek lagi mudah...Without scientific term....

Jadi, FITORAC ini sangat sesuai untuk mereka yang kurang gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan....Eh, saya makan sayur setiap hari tau... dan saya sangat suka makan buah, sume buah saya makan....Jadi tak payah la saya ambil FITORAC....

Tungguuuuu! kita semak dulu..

1. Adakah kamu pasti sayuran dan buah yg kamu makan itu 'organik'?
FITORAC adalah 100% organic.

2. Berapakah harga sebiji epal organik? RM2? RM3?
7 hidangan sayur dan buah dari FITORAC cuma berharga RM6.50 sehari...well, itu sungguh murah bagi khasiat dan kebaikan yang dibekalkan....

3. Saya sedang mengambil nutrien lain yang fungsinya dan khaisatnya hampir sama dengan FITORAC...Saya selesa dgn produk itu...
Baiklah, jadi produk yang kamu ambil itu berapa harganya? berapa hidangan sayuran dan buah nya? kalau sama sebijik sejebon dgn FITORAC saya akan beli produk itu..wah gitu tau!

Antara fungsi lian FITORAC adalah untuk detoksifikasi hati...Yakni, "mencuci" hati atau servis hati kita...hati kita ibarat enjin kereta...perlu di servis....segala makanan, ubat, vitamin akan melalui hati untuk di detoksifikasikan...Maknanya, segala toksin2 didalam makanan dan segala benda yang masuk dalam badan kita akan tertinggal dalam hati kita...Hanya zat2 yang baik sahaja yang akan diangkut oleh darah ke seluruh badan dan digunakan oleh kita... dan tinggal lah toksin itu didalam hati kita...huhu....Jadi bila nak buang toksin itu? nak simpan lagi toksin dalam badan.... Nak sel-sel kanser membiak-biak dlm badan? takmo takmo!

hah, tau pun... Jadi, FITORAC lah pusat servis hati kita...

ha, amikkk.... sekian lah ceramah produk ELKEN....ngeeee:)
 
posted by ayu at 11/01/2010, | 0 comments