kerana bendera jepun

Tuesday, September 29, 2009
Saya masih PMS...lamanya! saya istigfar banyak kali bila syaitan terkutuk cuba menjustifikasikan PMS ini sebagai alasan supaya saya boleh 'meroyan'(pinjam istilah Dijah)...

sabar,sabar...bukan semua orang faham diri kita...

sudah saya cerita bukan bila PMS saya benci lelaki? iya, saya tau pelik...even He said," ada ke orang lain macam tu?" saya special...hehehe..

majoriti guru di sekolah saya adalah guru lelaki, jadi apa daya saya mengelak dari mereka...di sebelah kiri meja saya ustaz J-QAF yang baru balik dr Mesir, di belakang saya guru Matematik, di sebelah kanan saya guru pakar B.M yang tenang orangnya....

mahu tidak mahu saya berdepan juga dengan kaum Adam biar angin PMS saya 'menggelegak' mahu lari dari mereka...

hari ini saya mahu membebel,meroyan di sini...please bear with me(pinjam dr Dijah)

tidak ramai yang tahu kewujudan blog saya ini...sengaja saya mahu begitu...ini ruang privasi saya...even He also don't know...senang saya mahu bercerita,berkongsi, membebel,meroyan disini...saya tidak selesa semua orang tahu tentang diri saya, yeah even He...biar dulu...

Anda yang secara senyap-senyap, curi-curi membaca blog saya (ada ke?), terima kasih kerana sanggup buat begitu kerana blog saya bukan apa-apa..blog saya ialah blog picisan...tiada tujuan, tiada misi, tiada visi...blog saya cuma ini cuma bercerita tentang diri saya yang tiada apa-apa ini, blog yang self-centered...saya,saya,saya,kan?

bosan kan?
 
posted by ayu at 9/29/2009, | 5 comments

Ya ya ya ya, selamat hari raya...

Sunday, September 27, 2009
Saya di Mc D KL SENTRAL sekarang.

Menunggu jam 3.30 pagi.

Menanti bas ke LCCT.

Iya, saya sudah mahu pulang ke Sabah.

Tadi dlm bas, angin PMS saya bertembung dgn sifat toleransi.

Bila PMS, saya benci lelaki.Sungguh!

Aargh!
 
posted by ayu at 9/27/2009, | 0 comments

Edisi Balik Raya

Monday, September 14, 2009
Saya dah 'menggedik' nak balik kampung skrg ni...

Satu badan terasa...

Rasa berdebar...

Ntah apa yang didebarkan tak tau lah....

Mungkin kerana sudah 14 minggu di sini...

Ternampak-nampak rumah saya, Mak saya, adik-adik saya, kawan-kawan saya...

Tercium-cium asap bakar lemang dan wangi rendang....

Terkenang-kenang Arwah Pah...

Sabar lah diri, esok akan datang juga,InsyaAllah...



ini gambar raya tahun lepas; seronok kan?


 
posted by ayu at 9/14/2009, | 1 comments

Taubat

Thursday, September 10, 2009
Wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki yang melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
hina berlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

Ampun kanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
aku kembali pada Mu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hamba Mu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa
berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali pada Mu

dan tak mungkin tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak aku


 
posted by ayu at 9/10/2009, | 0 comments

My name is Mr.C

Monday, September 07, 2009
Hari ini saya terlepas satu nikmat di bulan Ramadhan ini..saya tidak bersahur... bukan sengaja ndak mau bangun, tapi ndak sedar alarm handphone "menjerit"...saya susah hati..."habis la hari ni, tak minum air dan tak makan Spirulina"....Elken Spirulina itu umpama "tonik" buat saya...saya jadi bertenaga, tidak mengantuk, bersemangat dan baik untuk resdung saya....Tapi saya tetap optimis, mungkin Allah mahu uji saya hari ini..masih bersemangat kah saya mengajar atau saya mengajar ala kadar saja? masih kuat kah suara saya seperti selalu?

Tidak, saya bukan mahu promote Elken Spirulina itu... saya mahu kenalkan anda semua dengan Mr. C....one of my tools in class...Ok, please meet Mr. C ..huhu



Iya, itu lah Mr. C yang berwarna yellow ituh...hehe...saya gunakan untuk buat garisan, dan mendisiplinkan anak murid saya...kalau nakal sangat memang saya denda....itu tanda sayang, kata cikgu-cikgu lain...jadi di bulan puasa yang mulia ini, bulan untuk mendidik diri sesiapa yang kurang sabar, saya pada awal-awal puasa berkira-kira, tertanya-tanya; kurangkah pahala puasa saya jika saya menggunakan Mr. C? saya tidak pasti...tapi, yang saya pasti saya mendidik,membentuk modal insan Malaysia...eceh!...

Jika anda guru, akan rasa perasaan saya. Perasaan puas bila segala rancangan mengajar dapat di jalankan, perasaan berbaloi bila murid faham, biar tekak terasa perit, perasaan gaji yang berkat dek tertunai segala amanah dipikul di bahu ini...Mr.C itu membantu saya mencapai matlamat saya...

Janganlah salah sangka pula, saya bukan garang macam harimau..mahu marah saja, mahu denda saja....kalau saya boleh sabar, saya sabar...Saya urut belakang anak murid...sabar,sabar...Saya urut dada saya...sabar,sabar...Sebenarnya, saya sendiri tidak menyangka saya boleh menjadi sabar begini...Bagi yang mengenali saya, anda tahu tahap kesabaran saya setakat mana,kan...hehe...Tapi,itulah kan, mungkin kerana saya faham tanggungjawab saya, mungkin kerana saya redha ketentuan Allah, mungkin kerana doa Mak Ayah saya, mungkin kerana saya lahir bulan Januari (antara ciri yang lahir bln Januari adalah suka mendidik dan dididik), mungkin kerana saya anak sulung, mungkin kerana dalam DNA saya sudah terjalin bebenang sifat penyayang.....

Saya marah, saya denda anak murid memang datang dari hati saya.Saya sayang dan ambil berat kemajuan mereka...maka itulah, saya berusaha sekuat dan sedaya upaya termampu dek kudrat 4 kerat saya untuk mendidik dan membimbing mereka...Anda yang membaca entri ini, doakan lah saya. Doakanlah supaya saya terus bersemangat mendidik dan membimbing anak-anak ini...Doakanlah anak-anak ini diterangkan hati, fasih lidahnya, elok akhlaknya...Amin.

 
posted by ayu at 9/07/2009, | 4 comments