kerana bendera jepun

Tuesday, September 29, 2009
Saya masih PMS...lamanya! saya istigfar banyak kali bila syaitan terkutuk cuba menjustifikasikan PMS ini sebagai alasan supaya saya boleh 'meroyan'(pinjam istilah Dijah)...

sabar,sabar...bukan semua orang faham diri kita...

sudah saya cerita bukan bila PMS saya benci lelaki? iya, saya tau pelik...even He said," ada ke orang lain macam tu?" saya special...hehehe..

majoriti guru di sekolah saya adalah guru lelaki, jadi apa daya saya mengelak dari mereka...di sebelah kiri meja saya ustaz J-QAF yang baru balik dr Mesir, di belakang saya guru Matematik, di sebelah kanan saya guru pakar B.M yang tenang orangnya....

mahu tidak mahu saya berdepan juga dengan kaum Adam biar angin PMS saya 'menggelegak' mahu lari dari mereka...

hari ini saya mahu membebel,meroyan di sini...please bear with me(pinjam dr Dijah)

tidak ramai yang tahu kewujudan blog saya ini...sengaja saya mahu begitu...ini ruang privasi saya...even He also don't know...senang saya mahu bercerita,berkongsi, membebel,meroyan disini...saya tidak selesa semua orang tahu tentang diri saya, yeah even He...biar dulu...

Anda yang secara senyap-senyap, curi-curi membaca blog saya (ada ke?), terima kasih kerana sanggup buat begitu kerana blog saya bukan apa-apa..blog saya ialah blog picisan...tiada tujuan, tiada misi, tiada visi...blog saya cuma ini cuma bercerita tentang diri saya yang tiada apa-apa ini, blog yang self-centered...saya,saya,saya,kan?

bosan kan?
 
posted by ayu at 9/29/2009, |

5 Comments:

  At 9:20 AM Blogger Puan AA said:
ayu, kompom ke hg meroyan time pms jer?? hihih..
  At 11:19 AM Blogger Khadijah said:
hahahaha, terima kasih azree

azree 1, ayu 0
  At 2:44 PM Blogger ayu said:
azree> time lain pun meroyan gak,tapi minor meroyan....PMS ni tahap gunung berapi punya meroyan..ultimate tul

dijah>naper azree dapat 1?cepat bgtau
  At 5:06 PM Blogger luna said:
Oh Ayu,
blog sue juga blog meroyan
kan ke blog tujuannya untuk meroyan

kalau berilmiah, namanya jurnal ataupun laman web utusan...kan kan
  At 8:04 AM Blogger ayu said:
su> owh lega su juga sama giler meroyan d blog...hahahh