Dulu lain, Sekarang lain ke?

Monday, August 31, 2009
Salam Merdeka untuk semua anda rakyat Malaysia...saya suka dengan cerita Hati Malaya itu...pertama kali menontonnya adalah secara paksa tahun lepas sewaktu saya dan kawan-kawan lain di Kem Bina Negara di Kaki Bukit, Perlis...

habis solat Subuh kami di sajikan dengan cerita patriotik ini...aduh, saya dan Nana ketika itu merancang mahu tidur...sudahnya mata saya cerah sambil menongkat dagu ralit dengan cerita itu...gugur juga sebutir dua air mata saya saat Mala berkata " kami sokong Tunku" dan saat seorang perempuan laju melucutkan gelang tanda ikhlas mahu Malaya merdeka...bergolok bergadai rakyat pada ketika itu kerana mahu menghantar rombongan pemimpin kita ke London...pemain watak Tunku itu saya suka lah...pandai dia menjiwai watak Tunku...

Rupanya semua PM kita itu saling berkait...Dari Dato' Onn adanya Tun Hussein Onn, Tun Hussein Onn dan Tun Razak itu dua pupu jadi Dato Sri Najib dan Dato Sri Hishamuddin itu 3 pupu, tarikh kemerdekaan itu rupanya di pilih oleh datuk kepada Pak Lah....Owh, rupa-rupanya!!!kuang kuang kuang saya baru tahu...Berinformasi filem ini....Jahilnya saya...Ampun Tuanku!


Saya akui kita kurang mengingati bagaimana perjalanan menuju kemerdekaan itu, kerana sekarang kita sudah senang, mewah...Jadi, apa tindakan kita? Kata Presiden Kennedy "Don't question what country do for you, but the question is what you do for your country"...Jika anda seorang guru seperti saya, tanam lah azam untuk mendidik sebaik mungkin permata negara..biar mereka berjaya, sekurang-kurangnya seperti anda...Jika anda seorang pelajar, tugas anda adalah belajar..kautlah sebanyak mungkin ilmu dan Malaysia memerlukan kepakaran anda..

Penat saya memberi ceramah motivasi di blog ini...huhu...marilah kita tengok gambar saya dan Nana sewaktu BTN di Kem Kaki Bukit, Perlis..


dari kiri: Faizal, Saya dan Nana....kami menikmati panorama yang menakjubkan di Gua Kelam sebelum tiba di Kem BTN...saya dan Nana siap beg beroda lagi...mujur juga begitu, kerana Cave of Darkness itu panjang juga....ini gambar sebelum jadi cikgu, zaman kanak-kanak ribena... Oh ya, Faizal itu bukan teman istimewa saya...(tak tanya pon,kan!)

 
posted by ayu at 8/31/2009, |

0 Comments: