Selamat Bertugas
Wednesday, July 01, 2009
- Baru (sudah) 6 bulan saya di sekolah yg permai ini, saya sudah jatuh sayang dengan sekolah ini. Saya langsung tidak menjangka, sekolah yang jauh terpencil, dalam ladang kelapa sawit dan menghadap Laut Sulu banyak keistimewaannya. Yang paling istimewa adalah guru-guru disini. Subhanallah, baik dan amat mengambil berat, sungguh!..susah dan tidak tahu bagaimana mahu diterangkan sikap baik hati mereka...awal-awal saya disini, boleh kata setiap hari saya dan seorang lagi rakan akan ditanya soalan ini "ok Ayu?" saya senyum "ok jugak cikgu"..mereka risau kami tidak dapat sesuaikan diri, mahu mintak pindah ke Semenanjung...Harapan saya, biarlah suasana yang harmoni dan selesa ini berterusan dan diwarisi buat selamanya. Jika saya bertukar ke Semenanjung dan ada guru lain dari Semenanjung bertugas ke sini, mereka juga akan merasai suasana yang meriah dan penuh kasih sayang ini...huhu.macam ucapan mahu pindah saja saya ini...eh, ndaklah..bukan saya yang akan berpindah, tapi guru lain.
- Itulah yang sedihnya, kami semua sedih kerana ada 3 orang guru terpaksa berpindah ke sekolah lain atas arahan PPD ...katanya kami terlebih guru sudah...hakikatnya, mana ada lebih guru, cukup-cukup saja....jadi kalau 3 orang guru yang rajin dan baik hati ini bertukar, nah berkurang sudah guru kami ni...itulah kelemahan sistem data di daerah ini..sistem data tidak update, guru kanan sekolah dikira guru normal..jadi kalau begitu, memanglah kami lebih guru.padahal, guru pen.kanan bukan mengajar subjek teras.Namun, apa daya kami, sudah begitu tercatat di pekeliling kementerian.
- Guru yang ditukarkan tiada semangat mahu pindah, berperang mereka di PPD..bolehkah kamu bayangkan?, mereka bertekak di PPD kerana tidak mahu ke sekolah lain, yang jaraknya lebih dekat dengan rumah mereka.mereka sanggup ke sekolah ini yang jauh dalam ladang kelapa sawit, berjalan grubble lagik...maknanya sekolah ini memang special..
- Tiga guru ini, memang istimewa. Cikgu Rosman yang rajin, Cikgu Hazli yang rock tapi cool dan Cikgu Naif yang baik. Cikgu Rosman ini, pandai bertukang. Meja dan kerusi murid saya di tahun 1 dan 2 tu selalu saja rosak, pantas di baiki. Cikgu Hazli peminat setia Chelsea yang selalu senyum2 kalau Man U dan Chelsea ber-game,sementelah saya peminat Man U. Cikgu Naif yang rajin bertikam lidah dengan saya, 3 minggu saya menumpang keretanya. Bersama-sama melatih pasukan kawad sekolah, jadi Juara budak2 tu...Lepas ni, sunyilah sekolah ini...
- Selamat Bertugas buat guru-guru yang akan bertukar. Selamat Berkenalan dengan sekolah baru. Semoga lebih sukses ya.Jangan lupakan kami di sini..
0 Comments:
« back home
Post a Comment