Macam-macam part 2
saya belanja budak2 ni makan. RMT dah hbs peruntukan. Tahun ni even worse from last year, ada 80 hari saja yg ada RMT. hari sekolah ada 193 hari. Yang selebihnya, pikir senirik. ya inilah yang dikatakan 1MALAYSIA, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. bagus, bagus!! tepuk tangan semua!!
ni lak jamuan kelas saya tahun lepas. Bagi saya taklah special sgt, saya cuma rancang apa yg termampu oleh poket dan kudrat saya. Saya tempah bihun sup ayam dan popiah goreng dan minta budak2 ni bawa kuih dari rumah. Tapi pada dorang, semua makanan tu cukup special, sedap dan sangat jarnag dorang nak makan ayam. Maka, berkali-kali dorang menambah. Besar hati bila budak2 ni seronok dan kenyang. hihi...macam mak-mak je kan?
sweet kan? sayang kat depa nih. Tapi depa mungkin tak tau yang saya sayang depa. Sebab? saya selalu bebel dan marah. Kelas saya adalah yang paling nakal antara 6 kelas. Kadang-kadang saya malu juga bila disebut di meeting KTBM "tahun 3 paling bising, paling nakal"...Macam2 peraturan saya buat di kelas. Saya mahu anak murid saya civilised. Klu kat Semenanjung, semua budak tak kira di luar atau dalam kelas, akan pakai kasut, tapi disini, budak akan buka kasut sesampai dikelas. Bila dah terbiasa, depa akan berkaki ayam ke mana juga. Ke bilik sains, ke library, ke kelas pemulihan even ke kantin sekalipun.
Sakit mata saya tengok. Saya cakap dengan dorang, "kalau teacher jumpa kamu keluar dari kelas tak pakai kasut...Teacher akan pijak kaki kamu"....kejam tak? dah lebih 10kali saya warning, akhirnya saya wat benda yang kejam nih. setakat ni, ada 2 boys yang kena. tapi saya pijak tak kuat la, manja2 jer. haha...Saya ajar anak murid saya jadi "orang"...pada dorang, mungkin berkaki ayam tak salah, no big deal. Padahal, itu sangat tidak civilised.
ini apa? hihi... this is childhood, people. Bukan susah nak please kan budak2. disebelah kiri itu, tangga ke bahagian atas; staff room, office dan kantin.
ini saya...macam lah tak kenal saya kan? well, kan ini blog yang self-centred yg bercerita tentang saya sahaja, remember?. ini waktu gotong-royong sekolah. itu saya dengan t-shirt maktab dan bekas air peneman setia saya. Jarang saya berpisah dengan bekas air itu... saya cepat dahaga dan sangat kuat minum air.