Antara sifat syukur dan kehendak.Siapa yang Juara?

Sunday, July 12, 2009
Lama saya bertelefon dengan Mak di kampung. Mak baru balik dari kenduri dengan membawa sebakul besar durian kampung. Betapa saya cemburu dengan adik-adik di rumah. Enaknya durian kampung. Macam-macam boleh dibikin dengan durian. Boleh dimakan mentah, buat bubur, makan dengan pulut dan santan atau dibuat cokodok durian..apa yg saya suka? saya suka makan begitu saja..why?maybe sebab saya ini tidak sabar orangnya.makan terus lebih cepat masuk perut. tak payah tunggu lama-lama..ehheheh...

Saya ada confession mahu dibuat...saya ini "hantu durian"...saya makan durian macam saya makan nasi!saya makan durian sampai saya kenyang!saya tak ingat berapa rekod saya yg tertinggi. tapi Mak saya suka tengok saya makan durian. katanya"kenyang tengok Yong makan durian"...hmmm...adik bongsu saya, Haikal menagih hadiah hari lahirnya yg ke -5...katanya dengan pelat " Adik nak Transformers yang kaler kuning. Ada jual kat Petronas. Yong, kat Sabah ada Petronas tak?" dalam sayu-sayu begitu, jadi kelakar pula rasanya. Iya Sabah ada Petronas...Saya berjanji akan kirimkan Transformers kuning untuk adik bongsu saya, dia pula in return akan "kirimkan" durian kampung untuk saya...huhu..yang kelakarnya, dia tanya saya "Yong, nak kirim durian ni pakai apa? kapal terbang ke?kat Gerik takde kapal terbang"


Malam sabtu lepas, rumah sewa saya meriah dengan 7 orang rakan-rakan housemate saya. Mereka ini dari daerah pedalaman Telupid, Sandakan.Memang pedalaman sungguh, sampai melayakkan mereka dapat elaun Pedalaman Kategori 2, sebanyak RM1000..Wah, lebat duit mereka ini kan?tapi bagi kami disini, wang bukan penentu ketenangan hati dan perasaan..apalah RM1000 itu jika mahu dibandingkan dengan bekalan elektrik, air yang bersih, persekitaran yang selamat dan suasana di tempat sendiri, kan?biarlah tidak dapat Rm1000 itu, asalkan dekat dengan keluarga...tapi,mereka ini guru yang tabah dan redha mendidik anak bangsa Malaysia..aduh, sentimental sungguh entri saya ini...

Pertama kali berjumpa mereka ini, terus saja kami jadi mesra.Bila jauh begini, kawan2 jadi tempat mengadu dan bercerita..Rupa-rupanya, ada antara mereka ini sesekolah dengan rakan sekelas sewaktu di Maktab. Kecilnya dunia ini, kan?Kalau saya fikir, keadaan saya ini menyedihkan, ada lagi yang lebih sengsara dari saya. Tapi mereka tabah, lalui juga hari-hari yang sunyi dan gelap di daerah pedalaman Telupid.

Saya? berada di rumah teras 2 tingkat yg lengkap dengan Astro, air yang bersih, berkereta ke sekolah.Masih mahu merungut, semata-mata kepingin makan durian?! Ya,ya..saya pantas bersyukur kawan-kawan sekalian. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas nikmat-Mu ini.Ampun kan hamba Mu ini.Hamba-Mu ini khilaf..

p/s : saya mahu pamerkan gambar guru-guru Tabah dari Telupid itu, tapi internet slow.See, saya masih punya internet connection, sedangkan mereka elektrik juga ndak ada.Syukur Ayu,syukur.


 
posted by ayu at 7/12/2009, | 2 comments

All over AWAS!!

Wednesday, July 08, 2009
"4 books on your desk, awas siapa ah yg ndak bawa buku"

"capital letters small letters, one finger space and dont forget your full stop, awas ah kalau siapa yg lupa...teacher panggil kamu atuk-atuk dan nenek-nenek"

"what you do when you read? point finger!!Awas ah siapa yang ndak point finger..teacher potong jari kamu!!"


Itulah ayat wajib saya di kelas.Everyday. kalau ndak cakap, ndak puas rasanya mengajar. Itulah yang dibuat oleh My Super Teacher masa saya praktikum dulu. Saya rasa, itulah basic yang perlu kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Tamat kelas, saya termengah-mengah kerana menjerit dan ke hulu ke hilir kelas...


credit to Nik with her distinguished Nikon.

 
posted by ayu at 7/08/2009, | 0 comments

JK

Monday, July 06, 2009
Entah macam apa mahu saya ceritakan, adukan "jiwa kacau" saya ini. Bukanlah berat pun JK saya ini, tapi disebabkan saya jarang berhadapan masalah berat, maka ujian ringan ini terasa susah untuk dipecah-pecahkan dan dijadikan seperti abu...entah apa yang saya merepek ini?...

Tidak, saya tidak mahu ceritakan apa JK saya itu...mungkin kerana saya PMS, jadi itulah saya begini...huhu,salahkan PMS!!! sambil ber-blog dan tolong translate-kan soalan Sains seorang guru, saya tenangkan diri dengan bacaan quran yang baru saya download...terasa ayat-ayat itu memahami JK saya...

Saya takut membuat keputusan yang amat penting itu. Saya takut saya akan kecewakan diri saya sendiri.Saya rimas kerana saya tidak tahu membuat keputusan. Ya Allah, bantulah saya.Amin.
 
posted by ayu at 7/06/2009, | 0 comments

Selamat Bertugas

Wednesday, July 01, 2009

  • Baru (sudah) 6 bulan saya di sekolah yg permai ini, saya sudah jatuh sayang dengan sekolah ini. Saya langsung tidak menjangka, sekolah yang jauh terpencil, dalam ladang kelapa sawit dan menghadap Laut Sulu banyak keistimewaannya. Yang paling istimewa adalah guru-guru disini. Subhanallah, baik dan amat mengambil berat, sungguh!..susah dan tidak tahu bagaimana mahu diterangkan sikap baik hati mereka...awal-awal saya disini, boleh kata setiap hari saya dan seorang lagi rakan akan ditanya soalan ini "ok Ayu?" saya senyum "ok jugak cikgu"..mereka risau kami tidak dapat sesuaikan diri, mahu mintak pindah ke Semenanjung...Harapan saya, biarlah suasana yang harmoni dan selesa ini berterusan dan diwarisi buat selamanya. Jika saya bertukar ke Semenanjung dan ada guru lain dari Semenanjung bertugas ke sini, mereka juga akan merasai suasana yang meriah dan penuh kasih sayang ini...huhu.macam ucapan mahu pindah saja saya ini...eh, ndaklah..bukan saya yang akan berpindah, tapi guru lain.




  • Itulah yang sedihnya, kami semua sedih kerana ada 3 orang guru terpaksa berpindah ke sekolah lain atas arahan PPD ...katanya kami terlebih guru sudah...hakikatnya, mana ada lebih guru, cukup-cukup saja....jadi kalau 3 orang guru yang rajin dan baik hati ini bertukar, nah berkurang sudah guru kami ni...itulah kelemahan sistem data di daerah ini..sistem data tidak update, guru kanan sekolah dikira guru normal..jadi kalau begitu, memanglah kami lebih guru.padahal, guru pen.kanan bukan mengajar subjek teras.Namun, apa daya kami, sudah begitu tercatat di pekeliling kementerian.


  • Guru yang ditukarkan tiada semangat mahu pindah, berperang mereka di PPD..bolehkah kamu bayangkan?, mereka bertekak di PPD kerana tidak mahu ke sekolah lain, yang jaraknya lebih dekat dengan rumah mereka.mereka sanggup ke sekolah ini yang jauh dalam ladang kelapa sawit, berjalan grubble lagik...maknanya sekolah ini memang special..




  • Tiga guru ini, memang istimewa. Cikgu Rosman yang rajin, Cikgu Hazli yang rock tapi cool dan Cikgu Naif yang baik. Cikgu Rosman ini, pandai bertukang. Meja dan kerusi murid saya di tahun 1 dan 2 tu selalu saja rosak, pantas di baiki. Cikgu Hazli peminat setia Chelsea yang selalu senyum2 kalau Man U dan Chelsea ber-game,sementelah saya peminat Man U. Cikgu Naif yang rajin bertikam lidah dengan saya, 3 minggu saya menumpang keretanya. Bersama-sama melatih pasukan kawad sekolah, jadi Juara budak2 tu...Lepas ni, sunyilah sekolah ini...




  • Selamat Bertugas buat guru-guru yang akan bertukar. Selamat Berkenalan dengan sekolah baru. Semoga lebih sukses ya.Jangan lupakan kami di sini..
 
posted by ayu at 7/01/2009, | 0 comments